Wednesday, April 21, 2010

Gambar Kenangan

Bermain badminton bersama





Enam pewaris generasi baru





Cahaya tidak sepanas sekarang ini






Kenangan terindah bersama teman.





Jamuan perpisahan, lihat di gambar, ada figur kontrovesi tanah air.

Welcome!


Assalamualaikum wbt

..Welcome to my blog.

...Ahlan wa sahlan.

....Selamat datang ke blog saya.

Saya Azlan Haron mengalu-alukan sebarang ide yang dapat membawa kebaikan global dan kehidupan selepasnya.

Setelah sekian lama ingatan sejarah silam bersama dengan rakan-taulan, terutamanya bekas-bekas pelajar Yayasan Anda Akademi (YAA) 1978-79. Yang mana mereka yang saya kenali adalah pelajar-pelajar berasal dari Tanjung Karang, Sg. Besar, Banting, Pahang, dan tidak ketinggalan dari Brunei Darus Salam termasuk di persekitaran Kuala Lumpur.

Masa berlalu, saya merasakan kehidupan sebagai pelajar banyak mencorakkan pemikiran, peribadi dan pergaulan. Di YAA Jalan Pantai Baru menggamit seribu satu kenangan. Dari pejabat YAA, ABIM Pusat, Pejabat WAMY, Dewan Pustaka Islam serta Restoran Amjal, dihiasi dengan pelbagai aktiviti pendidikan termasuk politik. Antaranya melibatkan PKPIM, PEPIAS, lawatan diplomat asing yang berkunjung di Pejabat ABIM Pusat. Cukuplah....sekadar pembuka tirai.

Apa yang penting, kawan-kawan yang terbaca muqadimah nostalgia ini dapat dihubungkan kembali dengan figur-figur yang pernah mengenali saya. Semoga dapat menyambung silatur rahim untuk kebaikan bersama. Biarpun YAA hanya tinggal sejarah, akan tetapi manusia yang pernah menyusuri kenangan bersamanya banyak mengukir nama.

Terima kasih guru-guruku.



Azlan Haron
Bekas Timbalan Presiden PSYAA 1978-1979
Jalan Pantai Baru
Kuala Lumpur.